My photo
Ordinary girl who addicted to chocolate :)x

Read this.

This picture is kinda annoying. With Alyssa :)x
Well hello there :)x
Assalammualaikum :)x
   Cuti sekolah bermula. Bosan, sudah tentu. Apa boleh buat. Kalau aku ada kereta, akanku bawa diriku jalan-jalan menjadi pelancong di Melaka Bersejarah ini. Jadi, aku membuat keputusan untuk berkerja dengan ibundaku yang tercinta. Sehari akanku mendapat upah sebanyak rm10. Alhamdullilah Ya Allah. Bersyukur aku kepadaMU, Ya Allah *muka macam takpernah pegang duit* Kadang-kadang, aku menghabiskan masa dengan melongok di kamar selesaku *macam sekolah punya tak?* sambil mendengar lagu. Pabila kebosanan tahap cipan menguasai diriku, akanku matikan diriku buat sementara waktu dengan keadaan cuaca di Melaka yang sangat panas-sejuk-panas-terik-lebat-dingin. Aku juga merindui rakan-rakan sekepala-segila-serabai dan segala "se" lagi. Ingin sahaja aku memeluk cium mereka, tapi apakan daya. Ke"brutal"an aku mengaburi segala perasaan aku. Akanku doakan kejayaan rakan-rakanku pada setiap waktu. Dan sesungguhnya, kami menunggu ketibaan 22Disember2012 bersamaan dengan tarikh lahir rakanku iaitu Ummi Namirah. 22Disember2012 bagaikan tarikh keramat buat kami yang lahir pada tahu 1997. Jantungku dup-dap-dup-dap ketika menyebut tarikh tersebut *ye ye je* Aku sentiasa berdoa buat rakan-rakan sehidup sematiku :)x
   Dan marilah kita berdoa kepada Allah S.W.T agar saudara-saudari kita di Palestin terselamat dan berdoa agar peperangan tersebut tamat dengan segara. Aminn :)x

p/s : Bahasa Malaysia digunakan. Sesungguhnya, ayuhh kita memartabatkan bahasa ibunda kita *ayat ummi dan ikin* Sekian :)x

"Takkan terpisah.
kawan-kawan gila-gila, rambut taksama tapi satu kepala taksedarah
tapi bersaudara; sumpah untuk bersama.
Takkan terpisah.
biar tsunami melanda; pusing dunia berjanji setia; susah senang kami menang.
Takkan terpisah.
ibarat KL dengan traffic jam; burung biru dengan muka buku tetap rapat.
Kami hebat.
macam budak hipster dengan jeans ketat 
takkan koyak takkan goyah takkan terpisah.
Kami buddyz; bersama selamanya.
kami riuh, kami gempak, 
ngam ngam macam segiempat tepat
suara berbeza pilihan sama fahami jiwa tanpa suara.
kami sembang, gaduh sms, kutuk lepak sebab kami muda sekali je
bersama mencipta menggegar dunia.
kami bebas, merantau merata-rata merayau-rayau 
mencari jati diri, bersama selamanya.
KAMI BUDDYZ.
TAKKAN TERPISAH."

:)x